SUKAKU

 Saya ini banyaklah hobinya. Membaca, menulis, berkebun, berjalan-jalan, membuat kerja-kerja seni. Introvert lah kan.

Untuk kali ini, saya ingin menceritakan hobi saya yang suka berkebun. Sukar dipisahkan. Gen yang kuat daripada bapa, ibu, juga adik-beradik yang suka menanam. Sama ada menanam pokok buah-buahan, pokok-pokok bunga atau pokok herba. Jadi sebagai anak bungsu, tidak hairanlah jika rumah saya dipenuhi pokok. Hingga saya menggelarkan kawasan rumah saya sebagai Sal Garden. Posmen yang datang menyerahkan bingkisan pun cam, "Rumah yang banyak pokok tu kah?" Pemilihan pokok pertamanya perlulah sesuai dengan kelulut peliharaan saya (stainless bee), yang berbau wangi, pokok buah-buahan, atau pokok herba.

Kegilaan kepada pokok ini menyebabkan saya akan mencari dan memesan biarpun daripada nursery luar daripada tempat saya. Penggila pokok faham sangat tabiat saya. Oklah kan, kalau gila pokok,  rumah akan cantik, udara segar, dapat makan buah atau bunganya dan menikmati madu kelulut. Badan sihat, fikiran tenang.        

                 

Terima kasih kuntuman indah mewangi, terima kasih anak-anak bulus, syukur kepada-Mu Allah yang memberi aku rasa bahagia.




No comments: