Jalan Selamat Daripada Fitnah Akhir Zaman || Ustaz Mohd Moqti

 

                      

                          Jalan Selamat Daripada Fitnah Akhir Zaman || Ustaz Mohd Moqti

              


Kitab Hidayatus Salikin

 


        Intisari kitab: Hidayatus Salikin.

 

                                               

Kitab ini keistimewaannya ialah ia termasuk kitab Must Read kepada orang-orang Islam. Kitab ini terbahagi kepada tiga dasar utama iaitu Feqah, Tauhid dan Tasawuf. 




Kita perlu memiliki ilmu tauhid yang disifatkan sebagai akar bagi sepohon pokok, ilmu feqah yag disifatkan sebagai dahan bagi pokok dan ilmu tasawuf pula disifatkan sebagai buah pokok tersebut. Tanpa salah satu ilmu, pastilah pokok tidak dapat tumbuh dengan sempurna.















Persediaan akhir zaman; pertanian

    


Persediaan akhir zaman. 

Kerosakan ekonomi akan berlaku. Zaman itu akan datang. Sekarang pun sudah nampak tanda-tandanya. Rumah, kereta, wang di bank akan tidak berharga. Kita perlukan tanah pertanian untuk meneruskan kehidupan. Bercucuk tanamlah, contoh ubi, belalah kambing, ayam, lembu.





 

CERPEN - MUDIR

 OLEH: NURIMAS

i

Boom! Berita hangat! Gempar!

Begitulah reaksi umum apabila berita tersebut terpampang di dada akhbar. Begitu cepat marak macam api makan lalang kering ditiup angin. Macam tuang minyak ke atas bara api yang sedang menyala. Semua orang membacanya. Semua pihak menuding ke arahnya. Semua warga jabatan menyoal-siasat dirinya. Aduh, parah betul!

            Ketenangan yang wujud sekian lama, tiba-tiba meletup laksana bom jangka. Semua warganet bicara hal yang sama. Bahkan komuniti setempat pun mula memandang lain macam saja kepada institusi bina ilmu itu. Ketua majlis permuafakatan kampung turut jadi tumpuan anak buah untuk mendapat cerita sebenar.

            Apa lagi kepala kantor  yang di atas batu jemalanyalah terhempuk segala masalah. Di atas pundaknyalah terpikul semua beban. Dan sebahagian besar masalah, bebanan, kutukan dan malu itu kini dilonggokkan pula ke atas kepala mudir tua itu.

Memalukan! Buruk nama institusi!

            Momentum persepsi umum melantun memenuhi semua laman sosial , akhbar dan komuniti setempat. Para netizen menukilkan komentar yang rata-rata menyakitkan hati apabila membacanya. Khalayak  pula lebih terarah untuk mensensasikan berita yang belum sahih lalu menjatuhkan hukum di mahkamah maya. Komuniti pula memandang sinis dan tipikal  kepada warga institusi yang diakui murni itu.

 Semua itu kini menjadi tanda niaga warga asrama dan institusi didik pelajar yang  tersohor dan bersih dari noda dupa. Di mana-mana orang asyik bicara fasal kejadian buli pelajar yang kini menjadi viral di mana-mana laman sosial. Di warung kopi orang bersembang fasal kelemahan kawalan mudir tua itu menjaga anak buahnya.

            Di bendang dan ladang kelapa sawitpun pak tani bertekak fasal siapa yang salah, siapa betul. Siapa yang patut dikenakan tindakan , siapa yang patut dibuang, pembuli ke mudir. Semuanya ini membuatkannya tambah tua daripada usia biologi sebenarnya. Sejak kejadian itu meletop, bagai mencepat pula uban menyubur di laman kepalanya.

            Petang itu, sepasukan anggota polis datang menyerbu asrama tahfiz. Orang yang paling dikehendaki ialah mudir, bukan pelajar yang melakukan salahlaku. Walaupun enam pelajar telah membelasah seorang mangsa, tetapi dia yang ditemui dahulu. Hampir dua jam beliau disoal-siasat. Ditanya dari A sampai Z. Dari yang dia tahu kepada yang dia tak tahu apa-apa. Haish! 

            “Ya, ya..saya ada emergency masa tu. Ada kemalangan di kampung, tapi warden asrama ada,” sedikit gugup mudir itu apabila ditebak detektif Bedul. Warden yang juga seusia jadi galang ganti. Dia terpaksa menyatakan yang betul walaupun tahu itu jalan sukar baginya. Berdepan dengan polis ni tidak boleh cakap barang rambang. Susah nanti!

 Silap-silap kita kena heret ke mahkamah asbab berkata dusta. Selepas mencatat sesuatu, anggota polis itu meminta untuk bertemu dengan sang juvana yang mempalit arang itu. Warden telah ambil prakarsa kuarantinkan mereka.  

            Dia tahu setiap kejadian ada SOP atau Standard Operation Prosedur. Jadi semua mesti mengiktu langkah-langkah keselamatan dan tindakan yang telah ditetapkan. Baharu tiga bulan,  mengambil alih tugasan tersebut sudah jadi onar begitu. Pusat asuhan yang beroperasi atas ehsan para dermawan menempatkan 20 penghuni anak yatim terpilih. Mereka mengikuti pengajian tahfiz di premis itu.

Luka di bahagian tangan budak kena buli agak serius dan memerlukan rawatan lanjut. Minta-mintalah tidak sampai patah akibat dikerjakan oleh enam jahanam OKT (Orang Kena Tuduh) tersebut. Keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan penerangan warden dan mudir, lantas memanjangkan kes ke balai polis. Itu yang jadi boom tu!.

ii

Biasanya kes-kes disiplin begini boleh selesai begitu sahaja berkat muafakat dan toleransi kedua belah pihak terutamanya keluarga.

“Tak boleh, ustaz. Kalau sampai bengkak-bengkak dan patah riuk macam ni, saya tak boleh maafkan. Yang salah mesti dikenakan tindakan,” demikian hujah bapa ketika diskusi sebelum meneruskan hasrat membuat laporan polis. Muka mudir  menggelisah. Apa yang berlaku di premis di bawah jajahan takluknya akan terpalit juga pada prestasi kerjanya.

            Memang budak-budak zaman ini sengaja mahu melawan arus, menentang peraturan dan mencabar perundangan. Sebelum ini juga kedengaran berita penghuni membawa vape dan rokok ke asrama. Sukar dicari siapa tokang, siapa dalangnya. Mereka pandai simpan rahsia dan rela didera oleh warden daripada membuka pekong di dada.

            Lama juga dektektif Bedul dan anggotanya menyoal-desak keenam-enam juvana itu.  Pendek kata kalau sudah di tangan polis, tidak banyak, sikitpun kena juga. ‘Giliranku sudah habis, kini terimalah giliran kamu pula,’ desis hati panas mudir. Sesekali dia menggetap-ngetap bibir tanda geram apabila kedengaran dektektif Bedul meninggikan suara dan seakan menampar budak-budak itu. Baru padan muka kau!

            Usai sesi soal-siasat, kini tiba masa untuk membuat laporan dan menjawab surat tunjuk sebab pihak atasan pula. Fail kena lengkap dan cukup dengan eviden. Laporan penyelia dan warden dikembarkan sekali dengan laporan ketua jabatan. Bukan boleh main tangkap muat. Buruk padahnya nanti. Boleh menjejaskan kenaikan pangkat, reputasi, tindakan tata-tertib dan paling dahsyat dibuang kerja.

            Hari ini dia datang ke pusagt asuhan tahfiz tersebut sambil bertongkat. Sakit gout yang diwarisinya menyerang kembali, pantang salah makan. Tapi seingatnya selepas kejadian itu, dia tidak lalu makan, apa lagi hidupan laut yang sememangnya menjadi alahan kepada pengidapnya. Asid urik yang berlebihan pada hasil marina akan membentuk lemak pejal dan menyebabkan gout.

            Rupanya bukan sahaja kerana salah makan, atau makanan laut jadi penyebab sendi mengeras. Tekanan atau stress juga boleh memangkinkan metabolisme tidak normal dan tubuh letih, tegang urat lantas menyebabkan sakit itu bertandang kembali.  Menyusup masuk ke temulang sendi dan menyucuk-nyucukkan bisanya.

            Kejadian gempita itu benar-benar telah menghilangkan nafsunya untuk terus bekerja. Atau sekurang-kurangnya untuk melabuhkan posisinya sebagai mudir di institusi tersebut. Tidak tertanggung rasanya bebanan yang diheretnya di samping rutin bisnesnya yang juga perlu diladeni. Bukan baru sebulan dua ini, bahkan sudah dua dekad dia bergelumang dengan karenah juvana delinkuensi sebelum bersara wajib dari kerja gomen.

Mulanya mahu berehat pascapencen, namun atas permintaan rakan, beliau setuju memberi khidmat di premis bukan kerajaan tersebut. Yalah, dapat juga dia mengisi ruang yang ada sebelum dijemput ke taman masa depan. Harap-harap jadi ladang pahala baginya.

Tempoh tanpa limitasi menunggu keputusan dokumentasi dan siasatan polis terasa lama pula. Tidak tahu sama ada dia disabitkan atau tidak. Jeda tersebut membuatkan mudir itu tenang seketika walaupun dalam bejana gundah gulana.

            ‘Kali ini biarlah aku berundur, tak larat,’ dia bercakap sendiri. Mahu sahaja dia hantar surat letak jawatan sekarang juga. Tapi biarlah kes ini selesai dahulu, mudah-mudahan menjadi kes terakhir yang dikendalikannya. Sebenarnya beliau belumlah tua sangat, tapi bermain dengan budak ni sudah terlalu lama, naik muak juga.

            Tiga  puluh tahun bukan waktu yang singkat untuk tugas melayani remaja. Selama berkhidmat dengan kerajaan, peranan yang dimainkannya cukup bagus hingga membolehkan pihak pengurusan menghadiahinya dua kali anugerah pencapaian staff cemerlang. Satu kejayaan yang agak luar biasa bagi warga komuniti sekolah berkapasiti 100 warga kerja itu.

            Dia membilang momen-momen manis kejayaan silamnya dan meramal pula detik kejatuhannya. Terselit juga rasa sayang yang amat mendalam kepada dunia pendidikan yang telah digomolnya sekian lama. Terasa sudah sebati benar dia dengan panggilan ‘abah’ dalam kalangan anak-anak buahnya. Ciri humanistik dan keibubapaan yang diterapkan nyata dapat membentuk sahsiah terpuji anak-anak remaja ‘fragile’ itu.

            Cuma seperti kata oranglah, lautan mana tidak bergelombang, bumi mana tidak ditimpa hujan. Sesekali tercetus juga insiden yang memberi konotasi negatif dan langsang. Maklumlah juvana ini penuh dengan citarasa ingin mencuba dan ciri provokatif yang tinggi. Ada-ada sahaja yang mahu dilakukannya, tanpa mengira betul salah.

Bukan senang mahu mendidik manusia, apa lagi mencipta mercu jaya. Mereka tidak tahu betapa penat lelahnya membina legasi kecemerlangan. Tetapi jika tersilap atau gagal sekali, semua menuding jatri. Beberapa kerat sahaja yang mengutus simpati mahupun belasungkawa ketika dia kecewa.

            Insiden terkini benr-benar menguji kesabarannya dan seakan mematahkan semangat wajanya sebagai mudir. Inilah kali pertama kesnya sampai ke kantor pak polisi, ke meja editor akhbar arus perdana dan alam maya.  

            Malah sampai ke tangan seluruh manusia yang membaca e-akhbar di serata buana. Menjadi buah mulut dan bualan ratusan , malah mungkin jutaan manusia seantero dunia yang melayari internet. Segala yang dilakukannya sebelum ini walaupun mendapat puja dan segunung puji, lupus dialahkan maki dan caci.   

iii

Dia akur dengan kudrat dan iradatnya yang kian pupus. Suaranya juga semakin lirih ketika memberi arahan dan memarahi penghuni. Tidak lagi segah dan seguntur dahulu ketika menjadi warden asrama di sekolah harian. Dengar sahaja dehemnya semua penghuni tidak mampu berdecit.

Mudir bersedih sendiri. Mengenangkan anak-anak asuhan itu yang tidak lagi mudah dikawal. Sudah jarang menepati masa untuk solat berjemaah dan bergerak ke premis-premis lain tepat dan berperaturan. Dia sudah capik untuk menjerit-jerit memanggil anak-anaknya. Modulasi yang dilagukan sekadar sebuah eligi yang amat tragik liriknya.

            Premis itu adalah taman asuhan untuk anak-anak kurang bernasib baik dan gelandangan yang diakui tidak begitu terurus. Pihak NGO mengambil prakarsa menubuhkan pusat tersebut dengan penuh rasa cakna. Mereka ditatang dengan kasih-sayang, sandang pangan yang tidak pernah kurang. Ada sahaja penderma yang bemurah hati menghulurkan infak tiap hari.

            Makan-minum serba mewah ala hotel. Bukan setakat itu sahaja, bahkan bantuan kewangan, busana solat, duit saku dan segalanya serba ada. Pendek kata anak-anak asuhan di sini dinaikkan taraf dari serendah-rendah keadaan ke semulia-mulia kedudukan. Apatah lagi status anak yatim itu amat mudah menundukkan rasa simpati penderma yang ikhlas suci.

Gempar lagi! Kecoh!  Terkini!

Warga  premis asuhan itu geger lagi pagi itu. Semua penghuni asrama berkerumun di lobi bilik mudir. Masing-masing menunjukkan reaksi resah dan huru-hara. Ada yang berlari-lari macam orang nanar mencari seseorang. Kenapa, ada orang kena belasah lagikah? Atau penghuni juvana bergaduh atau merusuh?

Ah, ini mesti kes balas dendam! Kelihatan beberapa orang penghuni kecil semacam kena sawan bergegas mencari halimunan. Kemudian balik semula membawa bekas entah apa isinya. Ada juga kelibat pelajar berserban berjubah menyinsing lengan macam hendak membalun seseorang.

            “Cepat panggil penyelia!” kata salah seorang pelajar.

            “Dah panggil, tak ada!” jawab satu suara pula.

            “Seorang panggil Ustaz Him,” suara lain pula kedengaran. Lagaknya macam ketua pelajar, berserban dan jubah hijau. Subjek yang dikerumuni masih belum kelihatan di balik himpunan penghuni asrama.

            Tidak lama, seorang ustaz gendut terkocoh-kocoh menghampiri lokasi. Beberapa pelajar memberi laluan dan membenarkan sosok itu membelah ruang lingkungan. Tubuhnya lolos  juga dengan kepayahah dalam rimbunan pelajar yang kelam-kabut. Ruang lobi yang sempit itu kelihatan makin sesak.

            “Baik-baik, ustaz,” ada kedengaran suara mulus. Kemudian kelihatan dua pelajar banin membantu ustaz gendut memapah seseorang yang longlai. Mudir?  Ya, mudir tua itu diusung  keluar dari himpunan. Mukanya pucat-lesi dengan tangan longlai di atas bahu cikgu gendut.

Perhimpunan penghuni sekonyong-konyong mula reda. Ada sebilangan sahaja yang membuntuti cikgu gendut dan pelajar yang memapah mudir tua itu ke sebuah kereta yang sedia menunggu di laluan aspal.

           

 

BUNGA-BUNGA CINTA

Ini ialah bunga pokok Bungor. Pokok ini dipilih kerana mempunyai madu, debunga yang disukai kelulut.
Bunga butang, ungu. Bunga ini disukai oleh kelulut. Lihat kakinya yang halus dan berbulu, begitu gigih mengangkut debunga. Bunga butang juga boleh dimakan, juga dimasukkan ke dalam bahan-bahan kosmetik.
Jasmin Madagascar. Agak wangi. Comel. Yang penting si kelulut dan saya suka.

KEMBARA INI

Setiap orang mempunyai cerita sendiri. Ada yang dilahirkan bagaikan sang puteri/putera yang ditunggu-tunggu segenap ahli keluarga dengan cukup kelengkapan. Dibesarkan dengan tiada erti susah serta mendapat belaian kasih sepenuhnya. Namun, hidup itu tidak seindah impian. Bahtera yang terlayar kadang-kadang dilanda badai. Kapten yang kukuh hatinya sedaya upaya mengemudi kapal agar sampai juga ke pulau impian, Patah dayung berkayuhkan tangan. Janji amanah untuk membawa semua anak kapal tidak akan disesiakan. Namun, malang sekali. Terdapat juga bahtera yang terolang-aling, pengemudi bergalau hati, mencampak diri tanpa peduli apakah nasih si anak kapal. Lalu,